Sep 20, 2007
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

  • Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah
    kejayaan dalam pendidikan.
    Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi
    harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
    pengajaran guru.
  • Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak
    kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan
    UPSR, PMR, SPM dan STPM.
  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau
    peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,
    peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
    sebenarnya).
  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-
    buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan
    sebagainya lagi.
    Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
    seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang
    hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
    yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa
    pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam
    pembelajaran.
  • Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila
    gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila
    pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
    mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
    pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang
    telah tertinggal itu.
  • Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di
    dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber
    ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita
    ilmu.
  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah
    diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates
    pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
  • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
    kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan
    pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini
    juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
  • Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah
    dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan,
    kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan
    memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
  • Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam
    kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru
    berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering
    menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
  • Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan
    yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
    peperiksaan.
  • Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai
    gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku
    untuk dipinjam.
  • Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu
    pengetahuan tambahan.
    Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan
    pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
  • Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat
    dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
    pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan
    yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika
    gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
  • Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di
    luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman
    untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini
    mestilah dipatuhi.
    Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
    semangat dan keyakinan diri.
  • Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami
    teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
  • Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan
    persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai
    buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
    pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang
    kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
    lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
  • Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan
    kecekapan pelajar dalam pelajaran.
    Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
    Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.
    Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat
    pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
  • Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang
    sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
    mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
    dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan,
    amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang
    suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang
    berfaedah.
  • Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya
    yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain
    dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar
    kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
  • Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang
    bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu
    banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau
    membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga
    sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
    Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.
    Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat
    berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk
    minda dan kesihatan tubuh badan.
    Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang
    telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
    yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.
    Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
    peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh
    berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
  • Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang
    telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,
    lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek
    kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda
    pelajar.
    Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
    menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan
    itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua
    bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
    lebih cemerlang.



Posted at 09:06 pm by morif
Make a comment  




Aug 28, 2007
my school's song

  USAHA TEKUN JAYA

 Usaha tekun jaya,

 Itulah amalan kita,

 Bersatu menjadi teguh,

 Cari ilmu dan keb'naran...

 Kita menumpu tenaga...

 Dalam semua lapangan...

 Usaha tekun, tentu ja..ya

 Tradisi kekal abadi

 Usaha tekun, tentu ja..ya

 Tradisi kekal abadi..


Posted at 08:21 pm by morif
Make a comment  







   





<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31







Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed